Cara Membaiki CD-ROMS (Optical Drive)

Saya akan paparkan macam mana caranya untuk kita me"repair" CD-ROMS ini atau dalam Bahasa Melayunya "Pembaca Cakera Liut" (pelik tapi benar).

Langkah ini anda boleh gunakan untuk CD, CD-RWs, DVD atau pun yang sewaktu dengannya. Untuk pertama kalinya, anda mestilah memeriksa apakah yang membuatkan cd-roms anda itu rosak.

Terdapat berberapa sebab musabab dan penyelesaian untuk masalah berkenaan cd-roms yang rosak itu.

Sebab kerosakkan dan penyelesaiannya adalah:

Tidak dapat membuka CD-ROMs dan LED padanya tidak menyala:

  • Periksa "power" dan cable controller (wayar dibelakang CD-ROMs) samada ia dalam keadaan yang baik atau pun tidak. Kadang-kadang ia tertanggal atau pun wayar di belakang itu telah putus.
  • Dekat belakang CD-ROMs tu ada "PIN". Periksa sama ada "PIN" tersebut di letakkan sama dengan wayar belakang CD-ROMs dan sama dengan atas motherboard.
  • Kemungkinan kerosakan berlaku pada Windows anda ataupun windows anda tidak dapat meng"detect" cd-roms tersebut.
  • Sila lihat "Jumper" di belakang cd-roms anda sama ada ia disetkan dengan betul.
Tidak dapat membuka CD-ROMs tetapi LED menyala:
  • CD yang terdapat di dalam cd-roms itu telah rosak
  • Cuba keluarkan dan masukkan kembali CD anda.
  • Cuba cuci CD anda. Kemungkinan terdapat kekotoran dan calar yang membuatkan cd-roms tidak dapat membacanya.
  • Jika tidak berjaya juga, sila periksa sama ada "Jumper" yang berada di belakang cd-roms telah disetkan dengan betul.
CD-ROMs langsung tidak dapat di buka:
  • Tekan butang yang terdapat di cd-roms untuk beberapa saat.
  • Klik di My Computer pada Desktop anda, klik sebelah kanan pada icon cd-roms anda dan klik pada menu "Eject".
  • Pada depan cd-roms itu, terdapat satu lubang yang halus. Sila perhatikan. Anda dapat membuka tray cd-roms itu dengan memasukkan jarum pada lubang tersebut dan tekan sampai tray terbuka. Sila lakukan semasa komputer anda di "off" kan untuk keselamatan.
  • Jika tidak dapat diselesaikan juga masalah cd-roms itu, sila periksa sama ada cable wayar yang berada dibelakan cd-roms anda dipasang dengan betul.
  • Kemungkinan terdapat CD yang telah patah atau pun rosak menyebabkan tray cd-roms anda tidak dapat dibuka. Anda boleh membuka cd-roms tersebut untuk mengeluarkan cd tersebut atau cd-roms anda perlu digantikan dengan yang baru.
Kedengaran bunyi benda berpusing dan tersekat-sekat:
  • Kemungkinan cd anda telah rosak atau pun tercalar teruk
  • Cuba keluarkan cd dan masukkan semula dalam cd-roms
  • Cuci cd anda dari kekotoran.
  • Periksa kabel wayar di belakang cd-roms. Pastikan ia dipasang dengan betul.
  • Periksa "Jumper" di belakan cd-roms. Pastikan ia disetkan dengan betul.
Data transfer yang sangat perlahan:
  • Periksa sama ada anda menggunakan kabel cd-roms bersamaan dengan dengan hardisk anda. Untuk maklumat anda, memang ia akan jadi perlahan kerana komputer anda terpaksa berkomunikasi dengan 2 benda dalam satu masa. Cadangan saya ialah ubah cd-roms anda ke "IDE controller" yang ke-2.
Kesimpulannya

Kadang-kadang, sudah sampai masanya untuk "ROSAK" pada benda-benda seperti cd-roms, floppy disk, hardisk dan benda lain pada komputer anda. So, sabar la banyak-banyak.

Nasihat saya adalah:

1. Jika anda menggunakan CD/DVD anda untuk bermain game, sila backup dan buatkan image untuk cd game anda itu. Anda boleh menggunakan software DeepBurner. Sila klik di sini untuk mendapatkannya. Untuk software untuk membaca file ".iso" (backup image yang anda telah buat), gunakan Daemon-Tools. Sila dapatkannya di sini.

2. Jangan letakkan komputer anda di tempat yang berhabuk. Selalunya habuklah antara punca utama kerosakkan cd-roms dan floppy disk anda.

Saya harap artikel di atas dapat menyelesaikan masalah anda.

0 comments: