Bina dan Pasang Sendiri Komputer Anda

Ini adalah artikel yang akan memberi maklumat berguna kepada anda tentang cara-cara untuk membina sebuah komputer. Persoalannya "kenapa perlu anda membinanya sendiri?". "Kedai kan ada?". Jawapannya ialah duit yang diperuntukkan untuk membina komputer itu. Adakah cukup atau pun tidak. Jika anda pasang sendiri segala komponennya, anda boleh jimat duit anda. Lagi satu, jika anda pasang sendiri, anda dapat menentukan kriteria yang anda mahu untuk komputer anda.

Jenis komputer yang macam manakah yang anda mahu? Sebagai contoh, jika anda hanya menggunakkan komputer untuk kerja-kerja pejabat atau pun yang ringan-ringan sahaja, tidak perlulah komputer yang mempunyai kuasa kerja yang menakjubkan. Untuk kerja-kerja tersebut, tidak perlu lah komputer yang mempunyai Central Processing Unit (CPU) yang tinggi, graphic card yang canggih dan sebagainya. Cukup hanya CPU yang rendah, graphic card yang built-in sahaja.

Tetapi, jika anda memasang angan-angan atau cita-cita untuk main game yang memerlukan graphic yang detail, main permainan game PS2, barulah anda memerlukan komputer yang berkuasa tinggi.

Sekarang saya akan jelaskan macam mana hendak memilih komponen-komponen yang perlu untuk membina komputer anda:

Komputer "Case".


Komputer "Case" diperlukan untuk melindung komponen-komponen penting sesebuah komputer. Ia dapat melindungi daripada habuk, serangga dan sebagainya. Bagi saya, yang paling penting adalah Power Supply Unit (PSU) yang terdapat di dalamnya. Ia dibekalkan sekali. Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan pembeli tidak menitik beratkan pasal PSU ini. Mereka telah membuat kesilapan yang besar.

Cara untuk memilih PSU:

1. Beli PSU yang berjenama. Jangan beli yang "pirate". Belilah PSU yang berjenama seperti Antec, RaidMax, Blue Thunder, Lian Li (yang terbaik) dan lain-lain. Kenapa? Kerana syarikat kepada jenama-jenama yang disebutkan tadi memang sangat menitik beratkan "Wattage" iaitu kemampuan watt elektrik yang boleh di tanggung oleh PSU tersebut.

2. Ada sesetengah syarikat yang mengatakan PSU mereka boleh mencapai hingga 500W tetapi sebenarnya hanya 200W. Oleh itu, jangan tertipu. Pada masa kini, kebanyakkan motherboard memerlukan watt yang tinggi sehingga 600W. Tambahan pula untuk melakukan kerja-kerja berat seperti main game, membuat graphic dan sebagainya. Selalunya untuk perkara-perkara yang begitu cukuplah dengan 450W hingga 500W sahaja. Tetapi...

3. Lagi tinggi "Wattage"nya lagi bagus.

Kesimpulannya:

PSU itu sangat-sangat lah penting berbanding dengan komponen komputer yang lain. Kebanyakkan komponen komputer yang rosak atau selalunya terbakar adalah akibat kegagalan PSU itu sendiri untuk menanggung dan menyalurkan aliran elektrik kepada komponen komputer. Oleh itu, SILA AMBIL PERHATIAN.

Bina dan Pasang Sendiri Komputer Anda - Muka 2

1 comments:

Anonymous said...

Bro! Aku nk bli PC utk men game. Gile game (DOTA) kao2 punye. Tapi x tau nk bli. Bkn ape, takut kene tipu. Ko teman aku g loyat cari barang utk build gaming computer bleh??? Bajet dlm RM3000. Hehehe..
Ni no contact aku: 0132987298 (Wan)