Bina dan Pasang Sendiri Komputer Anda - Muka 2

" Motherboad"

Motherboard atau nama lainnya "Mainboard".

Perkara ke-2 yang terpenting dalam pembinaan komputer anda sendiri ialah motherboard. Anda perlu memilih motherboard yang sesuai untuk kegunaan anda. Terdapat 2 mainboard yang saya cadangkan kepada anda. Yang pertama, "Motherboard AMD Processor" dan yang ke-2 "Motherboard Intel Processor". Kedua-dua motherboard ini mempunyai kelebihan dan kelemahan sendiri.

Pada saya, saya lebih suka menggunakan motherboard jenis "AMD Processor" ini. Saya telah menggunakannya hampir 10 tahun. Ia berkemampuan tinggi.

Perkara yang perlu untuk memilih motherboard:

1. Saya cadangkan kepada anda motherboard jenama "ABIT" atau pun "ASUS". Kedua-dua motherboard ini mempunyai komponen yang berkualiti tinggi yang mana ia membuatkan komputer anda diproses dengan laju, bersuhu sejuk dan lebih stabil berbanding dengan jenama lain. Tetapi yang paling penting ialah ia mampu untuk menjalankan kerja-kerja yang hendak dibuat.

2. Jika anda hendak menggunakan komputer untuk kegunaan pejabat sahaja seperti menggunakan software Microsoft Word Excel dan sebagainya, saya cadangkan motherboard yang mempunyai "built-in graphic card", "built sound card" "built-in ethernet" dan USB.

3. Jika untuk game atau pun membuat kerja-kerja yang berat seperti meng"edit" graphic, saya cadangkan anda menggunakan motherboard yang BUKAN "build-in graphic card" tetapi motherboard yang mempunyai slot "PCI Express" untuk graphic card anda. Gunakan Intel Core 2 Duo sebagai "processor"nya, RAM sebanyak 2 G jenis DDR2. Gunakan RAM ini pada motherboard yang mempunyai slot RAM yang mempunyai "Dual Channel". Saya cadangkan anda membeli mohterboard jenis "SLI".

4. Pada saya, saya lebih suka menggunakan motherboard jenis "Abit" yang menggunakan chipset "nForce". MEMANG LAJU DAN BAGUS.

Kesimpulannya:

Sila pilih motherboard yang sesuai dengan kehendak anda. Ia dapat menjimatkan perbelanjaan anda kerana motherboard yang mempunyai built-in graphic card, sound card, ethernet card dan USB adalah murah berbanding dengan yang BUKAN buitl-in. Oleh itu HATI-HATI dalam pemilihan anda. Motherboard juga memainkan peranan dalam penentuan sesebuah komputer tersebut sama ada ia digunakan untuk tujuan kerja-kerja yang mudah atau pun untuk kerja-kerja yang berat.

Bina dan Pasang Sendiri Komputer Anda - Muka 3

1 comments:

matcargo said...

baru2 ni saya ada upgrade cpu saya intel core 2 duo 1.80ghz kepada Intel Core 2 Duo e7500 2.93 Ghz, selapas pasang cpu tu pc saya keluar bunyi yang kuat dari biasa, adakah perlu saya menukar kipas cpu atau lain-lain barang dalam pc tu

say guna
HP Compaq dc7700 Small Form Factor PC