Bina dan Pasang Sendiri Komputer Anda - Muka 3

"Memory" (RAM)

Nama "Memory" atau RAM (Random Access Memory) itu diambil sempena nama chip silikon yang terdapat padanya yang berkerja untuk menyimpan data komputer yang "volatile". "Volatile" bermaksud data sementara yang tersimpan dalam memory. Data tersebut akan hilang jika komputer anda dipadamkan.

RAM beroperasi untuk menyimpan data perisian Windows dan data perisian aplikasi sementara semasa kerja-kerja dijalankan. Lagi banyak RAM yang ada pada sesebuah komputer, lagi banyak perisian aplikasi boleh dijalankan pada satu-satu masa. Ia akan berjalan tanpa ada sekatan. Ia juga dapat meningkatkan kemampuan komputer anda.

Kelajuan RAM beroperasi berkadaran dengan kelajuan processor anda. Apakah maknanya? Teringat semasa dulu, semasa zaman masih menggunakan RAM jenis "SIMM" dan kemudiannya jenis "EDO". Pada masa kini, kita menggunakan teknologi RAM yang baru iaitu "SDRAM" yang mempunyai "DDR2".

"SDRAM" adalah singkatan bagi " Synchronize Dynamic Random Access Memory". Ia beropersi selari dengan processor. Sebagai contoh, anda menggunakan processor jenis "AMD Athlon XP 1700+", ia beroperasi pada kelajuan 133MHz. Maka, RAM anda juga akan beroperasi pada kelajuan yang sama iaitu 133MHz dengan teknologi "DDR" (Double Data Rate) iaitu teknologi ini akan meningkatkan lagi kelajuan RAM anda pada kelajuan 266MHz. Dua kali ganda daripada processor anda. TETAPI, kebanyakkan motherboard terkini akan meng"set"kan RAM anda supaya ia beroperasi pada tahap normal sahaja.

Untuk sebab-sebab tertentu dan untuk kestabilan sesebuah komputer, secara amnya, sistem BIOS akan menetapkan kadar kelajuan RAM anda selari dengan kelajuan processor. Terdapat juga motherboard yang membenarkan anda untuk mengubah ketetapan itu.
Cadangan: Sila gunakan motherboard jenis "Abit" kerana ia dapat meningkatkan kelajuan RAM anda pada tahap maksimum dan selamat. Komputer anda akan jadi lagi laju.

Perkara-perkara yang perlu dititik beratkan semasa pemilihan RAM:

1. Jika anda mahu menggunakan komputer untuk kegunaan pejabat atau biasa sahaja, saya cadangkan RAM yang mempunyai kapasiti 1G-2G jenis biasa (tidak di"upgrage") seperti "Kingston", "Kingmax" atau "Corsair".

2. Jika untuk main permainan komputer (Games) pula, saya cadangkan anda menggunakan 2 RAM "Hyper X Kingston" atau pun "Twin X Corsair" berkapasiti 2G keseluruhan. RAM seperti ini mempunyai teknologi untuk menggandakan kelajuannya. Mengikut pengalaman saya, jika anda mempunyai RAM sebegini anda akan lebih FPS (Frame per Second) untuk permainan game komputer anda. Ini sangat penting untuk menampakkan lagi ke"realistic"kan game anda.

Kesimpulannya:

Lagi besar kapasiti RAM anda, lagi rendah aktiviti processor, hardisk dan cip pada motherboard (North and South bridge) berkerja. Komputer anda akan jadi laju. Jika anda TIDAK menggunakan RAM yang secukupnya untuk komputer anda, perisian Windows anda seperti Windows 9x/XP/Vista akan membuat "page file". "Page file (pagefile.sys) bermaksud "Virtual Memory" atau memory virtual. Ia akan bertindak seperti simpanan data sementara di dalam RAM tetapi bukan data itu disimpan di dalam RAM tetapi di dalam hardisk. Ini akan meningkatkan aktiviti processor, hardisk dan motherboard anda. Jadi, kemampuan komputer anda akan berkurangan atau dengan kata lain menjadi perlahan.

Bina dan Pasang Sendiri Komputer Anda - Muka 4

1 comments:

caceewacha said...

Harrah's New Orleans Casino & Hotel - Mapyro
Find your way around the casino, find where 충청북도 출장샵 everything is located with these helpful tools. Get directions, 아산 출장안마 reviews, & more 제주도 출장샵 for 이천 출장마사지 Harrah's New Orleans Casino 목포 출장샵 & Hotel.