Bina dan Pasang Sendiri Komputer Anda - Muka 4


"Storage" (Tempat Simpan Data)

Storage atau kata nama yang biasa digunakan ialah "Hardisk" (HDD) adalah komponen komputer yang beroperasi untuk menyimpan data perisian Windows, perisian aplikasi, fail-fail pengguna dan dokumen-dokumen penting. Ia bukan bersifat "Volatile" seperti RAM. Data yang tersimpan di dalamnya akan kekal walaupun komputer dipadamkan dan jika ia tidak rosak. Pada masa kini, kita menggunakan hardisk jenis SATA (Serial ATA).

Untuk komputer kegunaan pejabat, hardisk tidak perlu berkapasiti besar berbanding dengan komputer untuk permainan game atau sewaktu dengannya. Biasanya, untuk permainan game, ia akan menggunakan ruang yang banyak di dalam hardisk tersebut.

Cara yang terbaik untuk memilih hardisk ialah dengan melihat kapasitinya. Untuk yang kapasiti yang biasa (standard), ia dalam 80GB atau pun 160GB.

Perkara yang perlu diambil perhatian semasa memilih hardisk:

1. Ada boleh memilih apa sahaja saiz yang anda sukai dari 80GB, 160GB, 250GB dan seterusnya. Untuk permainan komputer semestinya anda memerlukan saiz yang besar.

2. Jika anda inginkan hardisk yang berkelajuan tinggi, perkara yang anda perlu tahu ialah:

Hardisk terkini mempunyai teknologi "Cache Memory". Ia seperti RAM. Ia akan membaca segala data dan disimpan untuk sementara di dalam "Cache Memory" tersebut. Jadi hardisk akan jadi lebih cekap. Lagi besar "Cache Memory" lagi bagus. Pada masa kini "Cache Memory" yang terendah adalah bersaiz 8MB.

Hardisk juga mempunyai kelajuan tersendiri. Ia diukur dengan unit RPM (Rotation per Minute). Kelajuan yang paling rendah sekali untuk masa kini ialah 7200 RPM. Jika anda membuat komputer untuk main permainan game atau meng"edit" graphic, saya cadangkan anda menggunakan hardisk yang berkelajuan 10,000 RPM.

Kesimpulannya:

Untuk komputer yang biasa atau kegunaan pejabat, sila pakai hardisk yang biasa sahaja. Ini kerana komputer biasa hanya membuat kerja-kerja ringan seperti menyimpan dokumen-dokumen pejabat, gambar, mp3 dan sewaktu dengannya. Untuk komputer permainan game pula, gunakan hardisk yang berkapasiti tinggi dan berkelajuan tinggi. Ini cuma cadangan sahaja. Terpulang kepada anda. Ia dapat menjimatkan duit.

Bina dan Pasang Sendiri Komputer Anda - Muka 5

0 comments: