Bina dan Pasang Sendiri Komputer Anda - Muka 5



"Processor" (Central Processing Unit/CPU)

Intel Processor dan AMD Processor adalah 2 nama yang tidak asing lagi dalam dunia perkomputeran. Suatu masa dahulu, Intel pernah dikalahkan oleh AMD dengan "processor"nya AMD Athlon dan AMD Morgan. Tetapi Intel pada masa kini berjaya memintas kembali dengan processor terbarunya iaitu Intel Core 2 Duo.

Processor juga dikenali sebagai CPU, ia bermaksud seperti otak kepada komputer. Lagi laju kelajuan processor lagi cepat ia memproses arahan atau program yang anda lancarkan.

Ada yang menyatakan bahawa CPU Intel TERUK! Mereka mencadangkan supaya membeli CPU AMD. Ada juga yang mengatakan AMD CPU panas! Jadi mereka mencadangkan supaya membeli CPU Intel. Jadi yang mana satukah yang perlu anda percaya?

Pada pendapat saya kedua-dua processor tersebut mempunyai kelebihan dan kelemahan sendiri. Yang paling penting adalah komputer yang macam mana yang anda mahu bina. Bagi saya, untuk kerja-kerja yang ringan seperti Words dan sewaktu dengannya, gunakan Intel Celeron D. Tetapi jika untuk permainan game, gunakan Intel Core 2 Duo. Boleh main game PS2 di komputer! Jangan tak tahu.

Perkara yang perlu dititik beratkan semasa pemilihan processor:

1. Untuk kerja-kerja ringan sila gunakan processor yang biasa sahaja. Ia menjimatkan duit. Selalunya jika CPU Intel mahal berbanding dengan CPU AMD. Jadi gunakan Intel Celeron D sudah mencukupi. Untuk game, gunakan Intel Core 2 Duo. Ia mempunyai FSB yang tinggi. Anda boleh mengambil kesempatan untuk menggunakan teknologi DDR2 yang telah dibincangkan dalam post yang terdahulu iaitu RAM.

2. Bagi saya, saya akan menggunakan processor yang murah iaitu AMD. Lagi pun ia tidak kurang hebatnya dari processor Intel. Ia menyokong FSB 1333MHz, mempunyai L2 Cache memory sebanyak 6MB. Pendapat saya, saya hanya membeli processor berdasarkan kemampuannya tidak berdasarkan kepada kelajuan atau jenamanya. Ini kerana, boleh dikatakan sekarang ini semua processor yang berada di pasaran semuanya LAJU tetapi mempunyai kemampuan yang berbeza-beza. Jika processor yang murah mempunyai kemampuan setanding dengan processor yang mahal, jadi pilihlah yang murah. Ini cuma pendapat sahaja.

Kesimpulannya:

Saranan saya, jika anda pentingkan jenama, maka pilihlah Intel. Tetapi jika anda mempunyai peruntukan terhad untuk komputer, maka pilihlah AMD. Untuk kerja-kerja ringan gunakan Intel Celeron D dan untuk game gunakan Intel Core 2 Duo.

Bina dan Pasang Sendiri Komputer Anda - Muka 6

0 comments: