Bina dan Pasang Sendiri Komputer Anda - Muka 6



Kad Grafik (Graphic Card)

Perhatian: Kepada sesiapa yang ingin menggunakan kad grafik built-in, anda boleh ke bab yang seterusnya. Jika berminat juga ingin tahu, sila baca.

Kegunaan kad grafik ialah untuk memberikan anda output berbentuk grafik kepada anda. Ia adalah komponen yang penting kerana dengan ketiadaannya, anda akan "bergelap". Kad grafik terbahagi kepada 2 iaitu: 1. terasing daripada motherboard (non-built-in graphic card) 2. bersama dengan motherboard (built-in grafhic card).

Untuk kad grafik built-in, ia akan menggunakan RAM sistem anda untuk "texture rendering" (untuk men"translate" grafik) manakala bagi yang bukan kad grafik built-in mempunyai RAM yang tersendiri. Ia bermaksud jika anda menggunakan kad grafik yang built-in dan pada masa yang sama mempunyai kapasiti RAM yang rendah, maka permainan game dan sistem windows anda akan beroperasi dalam keadaan yang tidak maksimum ( tidak laju). Tetapi jika anda menggunakan kad grafik yang bukan built-in, yang mempunyai RAM sendiri, ia akan beroperasi secara bersendirian. Ia tidak akan menggangu RAM sistem windows anda.

Pada masa kini, terdapat 2 persaing jenama yang diiktiraf, yang mengeluarkan kad grafik yang berkemampuan tinggi, tidak lain dan tidak bukan iaitu nVidia (GeForce Card) dan ATI (Radeon Card). Kad grafik dari syarikat ini mempunyai teknologi seperti Pixel shader 4.0, HDR-R(High Dynamic Range Rendering), chipset's core mempunyai clock frequency dan memory frequency.

Untuk kebanyakkan permainan game pada masa kini memerlukan sistem "Direct X" yang terendah ialah sistem "Direct X 9.0". Bermaksud jika anda menggunakan kad grafik yang tidak menyokong sistem "Direct X 9.0" ini, anda tidak dapat main permainan game.

Perkara yang perlu untuk memilih kad grafik:

1. Kini, kebanyakkan kad grafik menyokong Direct X 10.0. Jenama-jenama seperti Leadtek, Asus, ABIT, MSI dan Sapphire adalah yang terbaik dipasaran. Pilihlah yang mana satu anda suka.

2. Untuk permainan game, dicadangkan anda untuk menggunakan kad grafik yang mempunyai ciri seperti frekuansi GPU yang tinggi, menggunakan RAM 256 bit dan mempunyai RAM berkapasiti 256MB.

3. Bagi saya, gunakan kad grafik ATI yang mempunyai "XT" di hujung nama modelnya seperti contoh ATI Radeon 2600XT. "XT" bermaksud ekstrim. Untuk nVidia pula, gunakan "GT" seperti contoh nVidia 8600GT. "GT" bermaksud Grand Turismo (laju macam kereta dalam game tersebut).

Kesimpulannya:

Bagi peminat-peminat permainan game (macam saya), kad grafik adalah segalanya. Jika tidak ada, game anda akan nampak lemah tidak bermaya. Ia juga memerlukan peruntukkan duit yang banyak. Jika anda kurang wang, cari jenama yang sama seperti disebutkan tadi tetapi paling kurang menyokong Direct X 10 dan mempunyai RAM sebanyak 128MB.


2 comments:

atokranggi said...

Klu guna GC yg built in bleh upgrde x..?klu bleh kena upgrde cmne..?

Unknown said...

Blh bg cadangan tak specs komputer untuk kerja2 mengedit dan post processing gambar untuk photographer..specs yg lengkap..?